Tahun
|
Jumlah Kerusi dalam Dewan Rakyat
|
% Jumlah Undi BN
|
Kerusi BN dalam Dewan Rakyat
|
% Kerusi BN dalam Dewan Rakyat
|
% Jumlah Undi bukan-BN
|
Kerusi bukan-BN dalam Dewan Rakyat
|
% Kerusi bukan-BN dalam Dewan Rakyat
|
1959
|
104
|
51.7
|
74
|
71.15
|
48.3
|
30
|
28.85
|
1964
|
104
|
58.5
|
89
|
85.58
|
41.5
|
15
|
14.42
|
1969
|
144
|
49.3
|
95
|
65.97
|
50.7
|
49
|
34.03
|
1974
|
154
|
60.7
|
135
|
87.66
|
39.3
|
19
|
12.34
|
1978
|
154
|
57.2
|
130
|
84.42
|
42.8
|
24
|
15.58
|
1982
|
154
|
60.5
|
132
|
85.71
|
39.5
|
22
|
14.29
|
1986
|
177
|
55.8
|
148
|
83.62
|
41.5
|
29
|
16.38
|
1990
|
180
|
53.4
|
127
|
70.55
|
46.6
|
53
|
29.45
|
1995
|
192
|
65.2
|
162
|
84.38
|
34.8
|
30
|
15.62
|
1999
|
193
|
56.5
|
148
|
76.68
|
43.5
|
45
|
23.32
|
2004
|
219
|
63.9
|
198
|
90.41
|
36.1
|
21
|
9.59
|
2008
|
222
|
51.4
|
140
|
62.61
|
48.6
|
82
|
36.93
|
Keadaan
di mana BN memenangi jumlah kerusi yang tidak seimbang dengan perolehan
undi sebenar adalah hasil langsung daripada sistem pilihan raya sedia
ada yang tidak adil. Dalam pilihanraya Malaysia, pengundi memilih ahli
parlimen dalam Dewan Rakyat melalui sistem undi terbanyak atau lebih
dikenali sebagai sistem "First-Past-The-Post" (FPTP). Dalam
FPTP, pengundi akan meletakkan pangkah dalam kotak sebelah nama calon
dan simbol parti yang ingin dipilih. Seseorang calon boleh memenangi
kerusi tanpa mendapat majoriti kesemua undi yang dibuang. Dia hanya
perlu mendapat undi terbanyak di antara calon-calon lain untuk kerusi
yang ditandingi itu.
Contohnya,
semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO pada 2009, pemenangnya Khairy
Jamaluddin (gambar kiri) mendapat 304 undi atau sekitar 38% daripada
jumlah undi. Calon yang terdekat, Mohd Khir Toyo, mendapat 254 undi
(32%) manakala calon ketiga Mukhriz Mahathir, mendapat 232 undi (30%).
Dalam situasi ini, Ketua Pemuda UMNO telah menang pilihanraya melalui
undi terbanyak, namun perkara yang kurang mendapat perhatian ialah fakta
bahawa Khairy tidak dipilih 62% semua pengundi. Keadaan ini dikenali
sebagai suatu kemenangan dengan majoriti mudah dan bukan majoriti
mutlak. Jelas, sistem FPTP langsung tidak mengambil kira pandangan
majoriti mereka yang tidak mengundi untuk seseorang pemenang majoriti
mudah.
FPTP adalah peninggalan zaman kolonial British. Di seluruh dunia, sistem ini digunapakai di negara-negara yang pernah dijajah British. Menurut organisasi Electoral Reform Society di UK, hanya terdapat tiga negara demokrasi baru (bukan jajahan British) selepas tahun 1945 yang menerimapakai FPTP. Tiga negara ini adalah Macedonia, Ukraine, dan Albania. Namun, juga dilaporkan ketiga-tiga negara ini sudah mengubah sistem mereka untuk membolehkan perwakilan yang lebih seimbang.
Di Malaysia, FPTP ditambah teruk oleh persempadanan kawasan yang tidak adil dan saiz kawasan yang berjurang besar. Contohnya, di kawasan Parlimen Kapar, terdapat 112,224 pemilih berdaftar yang boleh mengundi untuk memilih seorang Ahli Parlimen. Manakala kawasan Putrajaya yang mempunyai hanya 6,608 pemilih juga memilih seorang wakil. Maka, undi seorang pemilih di Kapar hampir 17 kali kurang nilainya jikalau dibanding nilai undi seorang pemilih di Putrajaya.
Satu
lagi contoh bagaimana persempadanan atau jumlah pengundi dalam sesebuah
kawasan boleh dimanipulasi adalah di kawasan Pekan. Pada tahun 1999,
calon BN Najib Razak (gambar kanan) memenangi kerusi Pekan dengan
majoriti hanya 241 undi. Jumlah pemilih berdaftar di Pekan pada tahun
itu ialah 35,382 orang. Pada tahun 2004, jumlah pengundi di Pekan telah
meningkat secara mendadak dengan bertambah 16,855 orang pemilih
menjadikan Pekan sebuah kawasan yang mempunyai 52,687 pemilih. Najib
memenangi kerusi Pekan pada tahun 2004, tetapi kali ini dengan majoriti
22,922 undi yang jauh lebih besar, iaitu hampir 100 kali ganda
peningkatan majoriti! Menakjubkan, bukan?
Maka, pada 16 Disember baru-baru ini di Pulau Pinang, penulis berpeluang membentangkan pendapat dan cadangan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang sedang mengkaji reformasi sistem pilihanraya di Malaysia. Giliran saya datang selepas wakil-wakil Parti Gerakan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memberi input masing-masing.
Ketua Biro Undang-undang Baljit Singh mendakwa bahawa ayahnya yang sudah lebih tujuh tahun meninggal dunia masih disenaraikan sebagai pengundi yang berdaftar. Saya terfikir, sekiranya seorang pemimpin parti pemerintah pun tidak boleh memaklumkan kematian seorang ahli keluarga kepada SPR, apatah lagi rakyat biasa yang tentunya kurang celik dengan sistem pengurusan pilihan raya negara kita? Dengan adanya penyelarasan rutin antara Jabatan Pendaftaran Negara yang mendaftarkan kematian setiap orang dengan SPR, tentunya perkara remeh sebegini boleh dielakkan. Tetapi, apakah yang menghalang SPR daripada menjamin keutuhan daftar pemilih? Tak malu ke bila pemimpin parti sendiri mengaku ahli keluarga yang sudah mati masih layak menjadi pengundi?
Sudah
terlalu banyak simptom yang menunjukkan pilihanraya di Malaysia tidak
berlaku secara adil dan bersih. Sesungguhnya pemerintahan Najib
terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas ini selepas ribuan rakyat turun ke
jalan raya menuntut pilihanraya bersih. Maka, dalam memenuhi
tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang mahukan perubahan sosial demi
membina negara yang lebih baik, saya mengambil keputusan menghadiri sesi
perundingan dan memberi undi tidak percaya kepada sistem pilihanraya
Malaysia.
Pilihan raya di Malaysia tidak mungkin adil tanpa penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh atas ketidakadilan yang berlaku selama ini. Tidak ada gunanya memperkenalkan sistem biometrik apabila prinsip asas "satu orang, satu undi" tidak dibenarkan dalam sistem pilihanraya yang direka untuk memanfaatkan parti pemerintah.
Saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa tersebut supaya reformasi yang menyeluruh bermula dengan kajian untuk menggantikan FPTP dengan sistem yang lebih adil, sistem yang mengambil kira undi-undi mereka yang menyokong calon yang kalah, sistem yang menggalakkan penyertaan parti-parti kecil, organisasi sivil, wanita, golongan terpinggir, dan sistem yang membolehkan keputusan pilihanraya mencerminkan suara rakyat yang sebenar.
Adilkah sistem yang membenarkan parti pemerintah menguasai 63% kerusi parlimen dengan hanya sokongan undi daripada 51% rakyat? Adilkah bagi rakyat ditipu nilai undinya yang tidak samarata dengan nilai undi seorang penyokong parti pemerintah? Saya berharap Jawatankuasa Khas Parlimen akan berani mengemukakan cadangan-cadangan yang progresif.

FPTP adalah peninggalan zaman kolonial British. Di seluruh dunia, sistem ini digunapakai di negara-negara yang pernah dijajah British. Menurut organisasi Electoral Reform Society di UK, hanya terdapat tiga negara demokrasi baru (bukan jajahan British) selepas tahun 1945 yang menerimapakai FPTP. Tiga negara ini adalah Macedonia, Ukraine, dan Albania. Namun, juga dilaporkan ketiga-tiga negara ini sudah mengubah sistem mereka untuk membolehkan perwakilan yang lebih seimbang.
Di Malaysia, FPTP ditambah teruk oleh persempadanan kawasan yang tidak adil dan saiz kawasan yang berjurang besar. Contohnya, di kawasan Parlimen Kapar, terdapat 112,224 pemilih berdaftar yang boleh mengundi untuk memilih seorang Ahli Parlimen. Manakala kawasan Putrajaya yang mempunyai hanya 6,608 pemilih juga memilih seorang wakil. Maka, undi seorang pemilih di Kapar hampir 17 kali kurang nilainya jikalau dibanding nilai undi seorang pemilih di Putrajaya.

Maka, pada 16 Disember baru-baru ini di Pulau Pinang, penulis berpeluang membentangkan pendapat dan cadangan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang sedang mengkaji reformasi sistem pilihanraya di Malaysia. Giliran saya datang selepas wakil-wakil Parti Gerakan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memberi input masing-masing.
Ketua Biro Undang-undang Baljit Singh mendakwa bahawa ayahnya yang sudah lebih tujuh tahun meninggal dunia masih disenaraikan sebagai pengundi yang berdaftar. Saya terfikir, sekiranya seorang pemimpin parti pemerintah pun tidak boleh memaklumkan kematian seorang ahli keluarga kepada SPR, apatah lagi rakyat biasa yang tentunya kurang celik dengan sistem pengurusan pilihan raya negara kita? Dengan adanya penyelarasan rutin antara Jabatan Pendaftaran Negara yang mendaftarkan kematian setiap orang dengan SPR, tentunya perkara remeh sebegini boleh dielakkan. Tetapi, apakah yang menghalang SPR daripada menjamin keutuhan daftar pemilih? Tak malu ke bila pemimpin parti sendiri mengaku ahli keluarga yang sudah mati masih layak menjadi pengundi?

Pilihan raya di Malaysia tidak mungkin adil tanpa penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh atas ketidakadilan yang berlaku selama ini. Tidak ada gunanya memperkenalkan sistem biometrik apabila prinsip asas "satu orang, satu undi" tidak dibenarkan dalam sistem pilihanraya yang direka untuk memanfaatkan parti pemerintah.
Saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa tersebut supaya reformasi yang menyeluruh bermula dengan kajian untuk menggantikan FPTP dengan sistem yang lebih adil, sistem yang mengambil kira undi-undi mereka yang menyokong calon yang kalah, sistem yang menggalakkan penyertaan parti-parti kecil, organisasi sivil, wanita, golongan terpinggir, dan sistem yang membolehkan keputusan pilihanraya mencerminkan suara rakyat yang sebenar.
Adilkah sistem yang membenarkan parti pemerintah menguasai 63% kerusi parlimen dengan hanya sokongan undi daripada 51% rakyat? Adilkah bagi rakyat ditipu nilai undinya yang tidak samarata dengan nilai undi seorang penyokong parti pemerintah? Saya berharap Jawatankuasa Khas Parlimen akan berani mengemukakan cadangan-cadangan yang progresif.
*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.