
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, pada ketika itu, SPR mencadangkan dakwat kekal, tetapi menarik semula keputusan berkenaan tiga hari sebelum PRU.
Menyambut baik keputusan terbaru ini, Ahli Parlimen Machang itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 turut mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan yang diharamkan syarak.
“SPR sebenarnya tidak lagi berdepan dengan halangan kerana Jawatankuasa Pilihan Raya (PSC) sendiri telah menyokong, malah Majlis Fatwa telah pun memberikan kenyataan. Kita harap tiada lagi perubahan terhadap keputusan SPR kali ini,” kata Saifuddin.
Hari ini Bernama melaporkan SPR memutuskan menggunakan dakwat kekal ‘silver nitrate’ iaitu dakwat yang berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan sebelum ini, pada PRU-13.
Pengerusi SPR turut mengumumkan undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya.

Sementara itu, Saifuddin turut mengulas pengumuman SPR memperkenalkan pengundian awal sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan mereka, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
“Pengundian awal adalah bagi anggota keselamatan yang bertugas, namun pengundi seperti doktor, wartawan dan sebagainya masih lagi belum ada keputusan dan ia perlu diubahsuai kerana mereka juga tidak sepatutnya menggunakan undi pos,”
“SPR juga masih lagi tidak memberitahu tempat mengundi yang akan dibuat kelak, kerana kita cadangkan untuk dibuat di luar dan bukannya di dalam kem tentera,” katanya pada Keadilandaily.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.