KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden
tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Kajian itu juga mendapati, orang ramai memiliki tahap kepercayaan
yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang
politik.
Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan pada 23 – 30
Oktober 2011 di Perak, melibatkan 1304 responden dengan menggunakan
kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik
berstruktur.
Demikian
kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu
kenyataannya hari ini.
Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di
Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13
nanti.
Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada
tahap yang tidak membanggakan, selain mendapati pendekatan program
1Malaysia belum mampu meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.
Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.
Sementara itu Pas pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu, lapor Harakahdaily.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.