Telah sekian lama Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan.
Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau
kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF).
Tuduhan
ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam
memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan
tatakelola dan pertanggungjawaban. Anwar bertegas menolak preskripsi
ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan
rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.
Lantaran
ketegasan Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad
(gambar kanan) merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk
kepimpinan negara.
Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap
Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak
mereka. Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah
dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak
pimpinan UMNO dan Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang
diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan
rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.
Tohmahan
Mahathir bahawa Anwar adalah agen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula
menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah
lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha
beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W.
Bush.
Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat,
Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak
tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar
sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.
Beberapa hari
lalu Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al
Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa
bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa
dalam syarikat arak San Miguel.
Sewajarnya
dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah
menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan
institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik
hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran
pasti muncul.
Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas
betapa Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan
beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen
Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Mahathir.
1 - http://go.worldbank.org/U29R77EBX0
2 -http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=
*Kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim (gambar kiri), Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.