BACHOK. 19 Dis:
Dakwaan 120 orang ahli PAS keluar parti di Kampung Beoh dalam Cawangan
Redang, dekat sini adalah karut, malah anak Mohd Nor Jusoh yang
dikatakan menyertai Umno tidak menyertai bapanya.
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Abdul Aziz Kadir (gambar kiri), ketika ditemui memberitahu apa yang berlaku hanya empat orang satu keluarga sahaja menyertai Umno.
Sambungnya,
Datuk Awang Adek kini memang kerap keluar masuk kampung serta
memberikan pelbagai janji pada rakyat agar mereka menyertai Umno.
“Adik
beradiknya (Awang Adek) belum tentu menyokong perjuangannya, apa lagi
rakyat,”ujarnya ketika ditemui pada majlis bubur as-syura, di Kampung
Beoh, dekat sini semalam.
Baru-baru ini beberapa buah akhbar
termasuk televisyen melaporkan seorang penduduk Mohd Nor Jusoh, mewakili
120 orang penyokong kuat PAS menyertai Umno kerana tidak yakin dengan
perjuangan parti itu.
Malah salah seorang anaknya, Mohd Adnan Mohd Nor, 28, (gambar kanan) mendakwa bukan semua anggota keluarga mengikut ayahnya.
Jelasnya, apa yang dilakukan hanya untuk memburukkan perjuangan PAS.
"Saya
langsung tidak berminat dengan Umno kerana tidak ada sebab saya
menyertai parti itu apa lagi perjuangan PAS terbukti benar-benar membela
rakyat,”ujarnya.
Hadir sama pada pertemuan itu Penghulu Mukim
Lubuk Tembesu, Beoh, Mohd Sabri Mat Nawi dan Ketua PAS Cawangan Beoh,
Mohd Idris Mat.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.