KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada
sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya
Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik
Ahmad.
Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.
Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu
ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional,
meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.
“Datuk
Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti
apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada
sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin
PakatanRakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,”
“Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger
upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama,”
katanya kepada Keadilandaily.com.
Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media
Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times,
Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.
Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa
dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan
imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya
kaum Cina.
Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.
“Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina saya yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.