KUALA LUMPUR 19 Dis: NGO Jingga 13 mempersoalkan status tanah yang
didakwa telah dibeli oleh National Feedlot Corporation (NFC) milik
keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil di Putrajaya, yang masih diletakkan
atas nama Putrajaya Holding.
Semalam, Jingga 13 yang dipengerusi oleh Fariz Musa telah membuat
lawatan di dua lot tanah tersebut dan mendapati status tanah berkenaan
masih belum ditukar.
“Kenapa
tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang
sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui National Meat Live Stock (NMLC)
membeli dua bidang tanah tersebut?
“Adakah benar-benar wujud pembelian atau hanya lah langkah bertujuan
mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut?,” kata beliau pada satu
kenyataan.
Jingga 13 turut mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam penyiasatan
berkaitan pendedahan KEADILAN mengenai penyelewengan dana Kerajaan
RM250 juta dalam Skandal berkenaan.
Ini ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini yang
melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian
kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah
jenayah .
“Kami mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam siasatan berkaitan 4
perkara termasuk pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya
yang sehingga sekarang status siasatan masih lagi kabur dan tidak pantas.
“Berdasarkan
keseluruhan laporan polis yang dibuat oleh JINGGA 13 sahaja sejumlah RM
18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan
yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot,”
kata Fariz.
Katanya lagi polis sepatutnya lebih telus, adil dan profesional
terhadap siasatan yang dilakukan bukannya bertujuan untuk membersihkan
nama keluarga Shahrizat Jalil yang terlibat dalam penyelewengan dana
duit rakyat.
“Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ia
adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh
tanggungjawab dan amanah,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.