
Mereka mengejek pemuda Umno berkenaan yang membuat ancaman ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang juga dimuatkan di Youtube, semalam.
Bagaimanapun, mereka memberi amaran kepada mahasiswa yang menggunakan Facebook supaya tidak memasuki laman sosial Myspace, bagi mengajuk aksi itu.
“Ini semua top-top perang. Kalau saya jumpa mahasiswa itu, saya tampar dan saya ludah. Puii,” kata jurucakap pemuda berkenaan sambil aksi ‘meludah’ itu diikuti sekumpulan rakan-rakannya.
Kata-kata itu meniru Armand yang memberi amaran kepada Adam Adli dengan berkata “Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau.. Berani kau kurang ajar dengan kami? Ini semua panglima perang tahu?,”
Sehingga berita ini ditulis, video berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama kyopropaganda sejak semalam, disukai lebih seribu pengguna internet.
Video itu turut dihubungkan di Facebook, dan mendapat komen serta sambutan dari orang ramai.
Dalam perkembangan sama, pengguna Facebook turut membina laman peminat Adam Adli- sebagai tanda sokongan terhadap mahasiswa terbabit.
Laman itu disukai lebih 8,000 pengguna internet setakat ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.