KUALA LUMPUR 20 Dis: Sebuah NGO Islam, Wadah Pencerdasan Umat
Malaysia (Wadah) mengulangi semula tuntutan qazaf dalam kes fitnah
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa kekeliruan yang dilakukan
mantan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), prof Dato Dr Sidek
Baba dan Dr Yusri Muhammad, berhubung tuduhan liwat dan Zina terhadap
Anwar.
Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Abim termasuk
sebagai Naib Presiden.
Manakala Dr Yusri Muhammad yang pernah memimpin ABIM sebagai
Presiden, baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di UIAM dan kini
selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail menegaskan
kembali pendirian yang diambil dalam satu pernyataan bersama yang
dibuat dengan Abim dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), dalam isu yang sama pada 27 Mac lalu.
Memetik ayat Al Quran yang menyebut tentang hukum qazaf- iaitu
menuduh seseorang melakukan zina dan liwat- Wadah mengingatkan sikap dan
pendirian berhubung isu itu perlu dibuat berlandaskan syariat.
Sambil menegaskan bahawa Wadah menolak pertuduhan liwat dan zina
terhadap Anwar dan menganggapnya sebagai ‘gejala fasik’, NGO itu juga
menasihati mereka yang terlibat dalam jenayah qazaf supaya insaf dan
merujuk kembali kepada amaran Allah.
“Sehubungan dengan ini juga, Wadah ingin menegaskan bahawa sebarang
kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato’ Dr
Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu
ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(WADAH),” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.