KOTA KINABALU, 20 Dis:
PAS hari ini melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan dengan memberi
tawaran PAS kepada rakyat Malaysia, khususnya Sabah dalam pendekatan ke
arah mewujudkan sebuah pemerintahan yang beramanah, adil dan
berkebajikan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sidang
media pelancaran dokumen tersebut berkata, kandungan dokumen yang
merangkumi 10 agenda utama menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan.
“Saya mengambil kesempatan pada hari ini, melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan peringkat Negeri Sabah.
“Saya berharap ianya dapat diteliti dan dikaji sebaiknya oleh rakyat Sabah,” ujarnya.
Dokumen tersebut telah dilancarkan di peringkat nasional pada 11 Disember lalu oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Buku
setebal 59 muka surat itu mengandungi tujuh bahagian antara lain
memuatkan penjelasan konsep negara berkebajikan, teras-teras utama,
polisi-polisi umum dan 10 agenda permulaan jika PAS diberi mandat
bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.
Dalam bahagian
polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik
polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan
sosial.
Bahagian 10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS antara lain seperti berikut:
1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih 2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu 3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama 4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai 5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai 6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat 7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral 8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela 9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia 10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari
Pelancaran
yang diadakan di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu itu turut dihadiri
oleh Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS; Aminuddin Aling, Pesuruhjaya
PAS Sabah; Awang Laiman, Setiausaha PAS Sabah dan Lahirul Latigu, Ketua
Pemuda PAS Sabah.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.