Saya
terkenang akan peristiwa ketika peghujung semester yang lalu, saya dan
rakan-rakan sibuk untuk mendaftar subjek bagi semester ini. Saya dan
beberapa rakan beruntung kerana berjaya mendaftar subjek Undang-Undang
Perlembagaan atau Constitutional Law bersama Prof Aziz Bari (gambar). Beberapa rakan yang lain tidak berjaya disebabkan oleh timetable clash dan kuota yang sudah penuh.
Sosok ini jarang dilihat berlegar di sekitar fakulti. Hanya nama
sahaja yang kerap didengari. Menjadi anak didik beliau adalah satu
peluang yang dinantikan.
Sosok ini sangat cool. Masuk ke kelas lenggang kangkung tetapi tidak
kangkung. Hanya sehelai kertas dan marker pen ditangan. Tidak ada attendance list.
Apa yang menarik ialah pelajar berbondong bondong hadir ke bilik
kuliyah walaupun kuliyah bermula jam 8 pagi. Beliau mampu menarik
pelajar untuk ke bilik kuliyah tanpa menjadikan rekod kehadiran sebagai
ugutan. Beliau memiliki aura tersendiri.
Selepas isu rampasan kuasa di negeri Perak, nama beliau sekali lagi menjadi perbualan masyarakat dalam isu JAIS di Selangor.
Peranan sebagai ahli akademik dinafikan kerana memberikan pandangan
akademik yang telus dan benar. Dosa kali ini cukup besar. Aziz Bari
perlu dikekang.
Dosa-dosa ini direka khas untuk kepentingan pihak tertentu yang menganggap diri mereka ma’sum
sehingga tidak boleh ditegur. Mujur mereka hidup di akhir zaman. Kalau
di zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, keangkuhan dan
ketakabburan mereka ini akan dibayar cash oleh yang Maha
Takabbur. Kisah Fir’aun, Haman, Namrud, Qarun dipandang enteng ataupun
tidak pernah ambil tahu. Kasihan dengan kejahilan mereka.
Prof Aziz Bari letak jawatan
Kini Prof Aziz Bari hanya menunggu akan berakhirnya semester ini
untuk ‘angkat kaki’ dari UIA. Hasrat ini dinyatakan oleh beliau sendiri.
Bukan kerana diarah untuk berbuat demikian tetapi atas dasar ‘belas
kasihan’ terhadap pihak pengurusan UIA yang saban hari semacam didesak
oleh campur tangan luar. Khabar anginnya pihak istana juga datang
‘melawat’ UIA.
Beliau dilihat sebagai bebanan ataupun liability kepada
pentadbiran UIA. Ada juga ibu bapa yang datang mengadu kepada pihak
kuliyah atas alasan anak mereka tidak faham tentang apa yang diajar oleh
Prof Aziz Bari ketika dalam kuliyah (selama 22 tahun beliau mengajar
ini kali pertama laporan sebegini dibuat).
Tindakan ini seakan desakan yang dilakukan secara tidak langsung atau impliedly
supaya beliau ‘berambus’ segera dari UIA. Tiada alasan untuk memecat
beliau. Justeru modus operandi yang berbeza mesti diguna pakai. Kesan
daripada itu, sedikit sebanyak kebebasan beliau sebagai ahli akademik
disekat. Oleh itu, meninggalkan UIA mungkin jalan terbaik.
Sehingga kini ramai pelajar yang tertanya tanya dimanakah kenyataan
beliau yang telah mencalar imej universiti. Persepsi pelajar ialah di
sana mungkin ada campur tangan politik. Persepsi pelajar ialah mungin
rektor patut berundur. Persepsi pelajar ialah universiti bukan lagi
universiti. Pihak pentadbiran dilihat seolah olah bersekongkol dalam
usaha untuk mengekang beliau. Kadang kadang dilihat flip flop dan play safe dalam memberi kenyataan.
Universiti sebagai wadah atau medan percambahan dan pertempuran ilmu
kini seolah-olah telah menjadi medan untuk memuja dan mengampu. Persepsi
pelajar ialah kenapa rektor perlu takut? Jika beliau dianiayai oleh
tangan ghaib ribuan pelajar UIA akan bersama beliau atas dasar
kebenaran.
Hasrat untuk memperbaiki kedudukan institusi pengajian tinggi di
negara ini dan juga hasrat untuk mencapai status seperti Oxford dan
Harvard yang sering dilaungkan itu hanyalah idea bodoh dan retorik
semata-mata andai kata sistem dan amalan yang dibudayakan ini masih
dikekalkan demi manjaga kepentingan bapak-bapak yang sedang berkuasa.
Kesannya, akibat hujah tidak dapat dibalas dengan hujah, Prof Aziz
Bari menjadi mangsa. Kehilangan beliau adalah satu kerugian yang amat
besar kepada universiti. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Prof
Aziz. Saya berbangga menjadi batch terakhir beliau. Sumbangan
dan jasa beliau akan terus dikenang. Semangat itu tidak pernah luntur
dan akan dibawa bersama. Berjayalah di medan tempur yang lain dengan
satu tujuan iaitu untuk merencana perubahan menyeluruh dan bersekutu.
In Aziz Bari We Trust! |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.