PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti
menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana
menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, meskipun Mahathir
‘meragui’ dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau
tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan
kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen.
Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri
pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan
persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 23 Oktober 2009.
“Penyata
tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman
dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan “4452 MA Projek Sokongan
Sektor Sosial” dari Bank Dunia,”.
“Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31
Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14
daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam
tahun 1999,” kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari
ini.
Rafizi yang menulis surat kepada Bank Dunia bagi mengesahkan pinjaman
itu, turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang mempersoal kenapa isu
itu baru dibangkitkan sekarang.
“Saya nasihat mudah saja. Sekarang kita hanya boleh search
internet. Ia tak sama macam tahun 1999. Kini semua dokumen rasmi ada di
internet, cuma nak tahu macam mana nak cari sahaja,” kata beliau.
Tegas Rafizi, KEADILAN menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka
kerana kenyataan beliau yang jelas merupakan satu pembohongan.
“Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau
telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong
mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999,” tegasnya
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.