PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN menggesa Perdana Menteri mengambil
tindakan membekukan kesemua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang
dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Setiausaha
Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Datuk Seri Najib Razak
perlu berbuat demikian memandangkan pihak polis hanya membuat siasatan
‘separuh masak’.
“Najib perlu ambil tindakan segera. Bekukan akaun bank dan
perbelanjaan NFC sementara siasatan yang telus dan serius (dilakukan),”
tegas Saifuddin dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Katanya, pendedahan sebelum ini melengkapkan dakwaan KEADILAN bahawa
dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk industri daging negara,
telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga
Shahrizat seperti National Meat Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC)
dan Real Food Company (RFC).
Lebih
teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC
kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga
Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global
Biofuture Pte Ltd.
Syarikat itu menjalankan perniagaan restoran mewah dan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan di Singapura.
Menurut Saifuddin, syarikat itu menjalankan operasi perniagaan yang
tidak ada kena mengena dengan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta
yang disalur kepada NFC.
RM1.3 juta dipindah ke Syarikat di Singapura
Hari ini, KEADILAN turut mendedahkan satu komunikasi dalam bentuk
email di antara anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran dengan Donna Yong
yang menguruskan perniagaan restoran milik keluarga menteri itu di
Singapura.
Email itu membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah berkenaan.
Dalam tempoh tiga bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010,
keluarga Shahrizat dianggarkan memindahkan S$530,000; bersamaan RM1.3
juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di
Singapura.
Menurut Saifuddin, dana NFC dijangka dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat milik keluarga Shahtrizat di Singapura.
“Kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura,”
“(Dan) kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai
pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts,” kata
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.