BESUT, 27 Dis: PAS
Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang
mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan
mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno
bahagian Besut itu tidak wajar.
Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan
keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin
kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.
“Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira
dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah
Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama
sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13,” katanya.
Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika
seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk
Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu
dinaikkan separuh tiang itu.
“Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera
Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di
tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.
“Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris
Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang
telah kembali memerintah Terengganu,” ujarnya.
Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera
mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal
dengan baik. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.