KUALA LUMPUR 26 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang
mempersoalkan ‘siapakah pemimpin Umno yang tidak mempunyai masalah’
seolah mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal dan salah
guna kuasa.
Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)
mengeluarkan kenyataan mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.
Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut
Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua
pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.
“Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.
“Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan
Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta
penyelewengan sudah sebati,” kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor
dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd
Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah boleh menjadi bukti dan
kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan
buat rakyat Malaysia.
Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.
“Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah
dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan
rasuah.
“Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah
sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.