KUALA LUMPUR 26 Dis: Skandal National Feedlot Corporation (NFC)
adalah satu contoh jelas penyelewengan yang dilakukan Umno- Barisan
Nasional menggunakan wang rakyat, kata Pengarah Strategi KEADILAN,
Rafizi Ramli.
Menurutnya, skandal membabitkan keluarga menteri, Datuk Seri
Shahrizat Jalil itu bagaimanapun telah memberi peluang keemasan kepada
Pakatan Rakyat meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke 13
nanti.
“Kami sebenarnya beruntung, NFC muncul tepat pada masanya, sebelum
ini kami sentiasa berusaha membuktikan contoh penyelewengan yang
dilakukan Umno-Barisan Nasional.
“Tapi dengan isu ini, kami mempunyai peluang keemasan untuk
meningkatkan sokongan terhadap kami. Pada kami, kes Shahrizat ini
merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin
Umno.. rasuah, kronisma, dan politik wang,” kata Rafizi.
Rafizi berkata, pemerhatian yang dijalankan setiap kali ceramah
Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa pengundi, terutama di luar bandar
jelas berminat mengetahui skandal itu.
“Di Kemaman (Terengganu) contohnya, kadangkala saya tidak menyebut
berkenaan isu NFC ini, penduduk kecewa. Penduduk kampung terutamanya
masyarakat luar bandar lebih berminat untuk memperkatakan tentang isu
ini,”
“Ia merupakan isu yang berkaitan dengan mereka, isu kapal selam
(Scorpene) sedikit membingungkan, tapi dengan NFC-ia melibatkan
lembu-berapa banyak modal untuk menternak lembu dan bagaimana keuntungan
dibuat dengan menternak lembu.
“Setiap kali kami menyebut jumlah itu, masyarakat menjadi marah,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.