KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien
Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar
parti dan menyertai Umno.
Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap
kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi
ahli KEADILAN.
“Saya menafikan berita ini. Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.
“Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di
ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan,” kata
Jafrien.
Akhbar dalam talian MStar hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu
Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa
dengan KEADILAN yang tidak menepati janji.
Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan
seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai
perwatakan yang meragukan.
Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah.
“Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan
kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong
Barisan Nasional,” kata Jafrien.
Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia
berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.