PETALING JAYA- Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri
Mohamad Salleh Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam,
berkata ahli perniagaan berpangkat Datuk yang diberkas pihak polis
baru-baru ini tidak mempunyai kaitan dengan beliau atau mana-mana
anggota keluarganya.
Katanya, individu tersebut juga tidak pernah berkhidmat dengan NFC.
Semalam, reman terhadap lelaki tersebut berhubung kes dana NFC dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara disambung selama tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes itu di bawah Akta SPRM 2009.
Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.