KOTA BHARU, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok,
Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi
tiga keping cek.
Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com.
Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima
sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan
seseorang.
Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing
bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog
tersebut.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari
Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa
dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.
Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat.
Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu
sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu
menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.