Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes
liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah
dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang
seringkali digunakan rejim-rejim kuku besi untuk menghancurkan
musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk
tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa
apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah.
Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar,
semestinya juga tidak sekarang.Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari, gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin UMNO-BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
Lawan kepada rejim UMNO adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil. Kini UMNO cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.
Inilah
sebabnya kenapa 9 Januari begitu amat penting untuk setiap rakyat
Malaysia. Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang
zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam
menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan
keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi. Justeru,
iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara
dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu
wariskan kepada generasi Malaysia akan datang. Apapun jua keputusannya
pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi
akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap
kerajaan zalim dan menganiaya ini.*Kenyataan media oleh N Surendran (gambar kanan) selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.