PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan
dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti,
namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses
pilihan raya bersih dan telus.
Presiden
PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang
adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada
penggunaan dakwat kekal.
Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya.
"...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja.
"Ia
meliputi pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, pengurusan
pilihan yang cekap dan juga termasuk undi pos. Jika ini tidak dilakukan
perubahan maka sistem pilihanraya di negara ini tidak akan bersih,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana
di sini.
Turut bersama pada sidang media itu Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR
Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Masih curiga
Sementara
itu Anwar mendakwa, Pakatan Rakyat masih curiga dengan janji
pembaharuan pilihan raya oleh kerajaan khususnya dalam perkara berkaitan
daftar pemilih.
Ini kerana terdapat perubahan pada saat akhir terhadap senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita
menggesa senarai pengundi dibersihkan. Kita masih curiga dengan proses
sekarang kerana berlaku perubahan pada daftar pemilih di saat akhir,"
katanya.
Dalam pada itu juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat
kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari
ini.
Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.