PETALING JAYA, 3 Jan: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
hari ini melahirkan rasa kesal dengan insiden menimpa mahasiswa ketika
mengadakan bantahan aman menuntut kebebasan akademik di hadapan
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Sabtu lalu.
Sehubungan
itu juga, isu mahasiswa akan dijadikan satu agenda besar pada
Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Kedah pada 13 dan 14
Januari ini.
"Mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini bersetuju ingin
menjadikan isu mahasiswa sebagai agenda perbahasan pada konvensyen yang
akan diadakah di Alor Setar Kedah nanti.
"Perkara ini akan
menjadi keutamaan apabila kita melihat kepada insiden yang berlaku dua
hari lepas terhadap mahasiswa," jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu
Pejabat Keadilan di Tropicana di sini.
Turut serta pada sidang
media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat
DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Selain
insiden di UPSI yang menyebabkan dua orang mahasiswa cedera teruk itu,
Pakatan Rakyat juga kata Anwar kecewa melihat kepada beberapa buah
universiti yang bertindak mengokong pemikiran mahasiswa serta menghalang
wacana bebas ahli akademik.
Selain isu mahasiswa, konvensyen Pakatan Rakyat akan datang juga akan
membincangkan soal menifesto bersama ketiga-tiga parti atas nama
menifesto Pakatan Rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Agenda lain juga termasuklah isu penyenaraian Felda Global Ventures
Holdings (FGV) ke Bursa Malaysia dan isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.