(Nik Aziz menerima memorandum dari mahasiswa di pejabatnya)
KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa simpati terhadap golongan
mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU 1971).
Katanya kedudukan pencabulan pihak
atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah
dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu.
“Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,”ujarnya.
(Hafizuddin sedang menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Nik Aziz)
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 10
orang wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), yang menyerahkan
memorandum Menuntut Penolakan Auku 1971 dan Pengembalian Autonomi Kampus
dan Mahasiswa.
Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang
juga jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi
Menteri Besar, Kota Darulnaim.
Sambungnya, ia adalah antara kezaliman serta ketidakadilan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri.
Tambahnya,
malah dirinya sebagai orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat
secarah sah dalam pilihanraya umum sejak 21 tahun lalu turut dinafikan
banyak haknya sebagai ketua kerajaan di negeri itu.
Katanya,
menyentuh akta ini semua golongan mahasiswa tidak boleh bebas dalam
menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu.
Jelasnya,
golongan terpelajar ini bukan sahaja belajar di universiti, sebaliknya
juga di luar seperti berhimpun sebagaimana Islam sendiri mengajar
umatnya berhimpun lima kali sehari untuk menunaikan solat.
“Pergi
solat berjemaah nak sebut berhimpun ke, demontrasi ke sama saja, sebab
demontrasi ni maksudnya berhimpun di masjid beramai-ramai di masjid,
Arafah setahun sekali dan ianya ada asas dalam Islam.
“Kerana
itu demontrasi ni adalah hak manusia, hak pelajar di mana mereka
(pelajar) bakal menjadi pemimpin di suatu hari nanti,”ujarnya.
Katanya,
semua pemimpin dan menteri yang ada sekarang ini akan meninggal dunia
suatu hari nanti dan golongan pelajar hari ini bakal menggantikan
mereka.
Sehubungan itu, beliau begitu bersetuju sekiranya
pelajar bermula di peringkat bawah hingga ke peringkat paling atas
diajar bagaimana untuk berurusan dengan rakyat.
“Pelajar
universiti ni belajar bukan untuk menjadi orang kaya semata-mata, jadi
menteri ke, bukan sebaliknya mereka perlu dilatih bagaimana menjadi
seorang pemimpin,”ujarnya.
Beliau bagaimanapun menyatakan
memorandum yang diserahkan padanya untuk meminta kerajaan negeri
bersuara berhubung AUKU agar dimansuhkan, ianya tidak boleh dilakukan.
Jelasnya,
kerajaan negeri tidak ada hak untuk berbuat demikian, kecuali sekiranya
perkara yang sama berlaku dalam Yik ianya akan ditangani mengikut cara
Islam. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.