
Kebebasan berfikir dan kebebasan untuk tunjuk perasaan adalah penting bagi seorang mahasiswa, pihak universiti dan polis harus menghormati hak-hak perlembagaan mereka, tidak patut menyuraikan perhimpunan aman dengan menggunakan kekerasan. Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencabul hak berpersatuan. Insiden UPSI menunjukkan pihak universiti dan polis masih kekal dengan amalan tidak demokrasi dan tiada langsung konsep menghormati hak asasi manusia.
Insiden keganasan ini berlaku di kampus universiti yang diberi tanggungjawab menyebar dan memperkembangkan ilmu, telah merosakkan bidang akademik yang menitikberatkan autonomi dan kebebasan berfikir. Seringkali pelajar dididik bahawa "Ilmu adalah kuasa" (Knowledge is power), tetapi kerajaan memberi satu contoh yang terburuk iaitu "keganasan dan penindasan barulah cara penyelesaian", amalan ini yang menghina ilmu dan menyokong keganasan akan memudaratkan institusi-institusi pengajian tinggi kita.

Kami menggesa Perdana Menteri bertindak segera dalam insiden UPSI ini, memberi keadilan kepada dua orang pemimpin mahasiswa dengan mendisplinkan pihak universiti dan polis, serta mengadakan sidang parlimen tergempar untuk memansuhkan AUKU dan seksyen 27 Akta Polis untuk memulihkan imej negatif kerajaan.
*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kanan) selaku Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.