KUALA LUMPUR, 3 Jan:
Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu
hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden
PAS, Mohamad Sabu.
"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak
dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan
Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat
terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata
beliau.
Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan
hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti
bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah
dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis
dalam perhimpunan itu.
"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk
bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan
saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya
sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta
yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis
berkenaan.
"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang
sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata
Mohamad.
Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan
sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat
untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang
kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.
"Dalam
perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan
berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta
pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.
"Dalam
perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah
pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno
yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata
Mohamad (gambar).
Diminta mengulas tentang
demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris
(UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan
menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.
"Perjuangan
menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah
air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam
yang kini menjadi UPSI.
"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan
di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada
saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera
kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.
"Tindakan
menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat
tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.
Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.
"Bila
sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya
sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.