KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno
mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka
dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah
Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.
AJK
PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan
Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti
itu memerintah negara.
"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun)
Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez
Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan
masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi,
menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong
Perdana.
"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara
agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily.
Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu,
Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak
pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada
Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Namun ujarnya pimpinan Umno
Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil
isu surau untuk menjadi modal kempen.
Beliau melihat isu
tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat
kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak
berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung
hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.
"Contohnya
kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak
daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.
"Umno takut
rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan
Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara
membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno
sudah bertukar nada," katanya lagi.
Perobohan Surau Salihiah
untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan
yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.
Menteri
Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu
akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan
kemudian digantikan dengan bangunan baru.
Azizan juga berkata
beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap
kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.
Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.