HULU TERENGGANU, 27 Dis: PAS Terengganu akan mengadakan
sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’ Dil As-Suluk (Itqan) di Kuala
Berang, Hulu Terengganu pada 6 dan 7 Januari 2012.
Pengarah
Itqan, Muhyidin Abdul Rashid berkata program sambutan “Itqan Al-Muluk Bi
Ta’Dil As-Suluk” bagi memperingati 100 tahun Undang-undang Islam pernah
diamalkan di Terengganu.
Malah, kata beliau penemuan “Batu
Bersurat” yang tercatat pada tahun 1303 bukti awal negeri ini pernah
menerima Islam sebagai agamanya.
“PAS Terengganu akan mengadakan
sambutan 100 tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’ yang diadakan pada
6 dan 7 Januari 2012 di Kuala Berang, tempat penemuan ‘Batu Bersurat’
itu.
“Ini (program) berkaitan dengan Undang-undang Islam yang
pernah digubal dan diamalkan di Terengganu ketika zaman pemerintahan
Sultan Zainal Abidin (III),” ujarnya kepada Harakah.
Menurutnya,
program sambutan tersebut terbuka kepada orang ramai yang akan
berpeluang melihat serta mendengar pengkisahan mengenai sejarah Isalm di
negeri ini sejak tahun 1303.
“Saya menyeru dan mengajak orang
ramai khususnya kepada penduduk setempat supaya dapat hadir untuk
memeriahkan program sambutan 100 tahun Itqan ini.
“Semasa
kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999-2004, kita (PAS) juga
menggubal Enakmen Jenayah Syariah Terengganu, diluluskan dan diwartakan
sebagai Undang-undang Tubuh Negeri pada tahun 2003,” jelasnya.
Katanya,
pelbagai mengisian program akan diadakan termasuk bicara forum,
pameran, pengkisahan sejarah Islam, jualan expo dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.