KEPALA BATAS, 27 Dis:
Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang bertekad menjalankan
tugasan dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab bersama pasukan polis
serta penduduk tempatan untuk membantu mengurangkan kadar jenayah yang
semakin meningkat.
(Seorang anggota PPS menerima walkie talkie dari Ketua Menteri tanda pengiktirafan kepada tugas mereka) Baru-baru
ini keseluruhan 71 pasukan berbanding 31 pasukan tahun lalu diberikan
walkie talkie dan vest PPS oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertempat di
Dewan Endon, Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas sempena kunjungan beliau ke majlis penyampaian wang RM1,000 kepada waris warga emas peringkat Seberang Perai Utara.
Adanya
alat komunikasi segala tugasan menjaga keselamatan lebih terjamin serta
membolehkan pengawasan terhadap petugas PPS dapat diseliakan dengan
lebih cepat dan cekap.
PPS mula ditubuhkan 17 September 2011 yang
lalu menunjukan perkembangan yang positif apabila berjaya menambah
bilangan kepada 1500 ahli yang berdaftar bagi kesemua Kawasan Dewan
Undangan Negeri (KADUN) di Pulau Pinang.
Anuar Rejab yang
bertugas di kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti
(JKKK) Sungai Dua berkata, kewujudan PPS memang di nanti-nantikan oleh
mereka yang prihatin terhadap masalah gejala moral dan jenayah.
Ramai
masyarakat menyifatkan, penubuhan dan keaktifan PPS kena pada tempatnya
sesuai dengan mengwujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat
dan bersatu padu.
"Ramai yang menanti kemunculan PPS di
kampung-kampung atau di mana sahaja kerana ia mampu berkawal bersama
polis dan orang kampung untuk tangani jenayah yang semakin parah, "
tegasnya.
Sankaran dari Kampung Perlis, Butterworth menambah, PPS
yang diamanahkan mengawal persekitaran kena memikul tanggungjawab
dengan penuh minat jangan 'main-main' atau melakukan sambil lewa.
Beliau bimbang sikap lewa akan mencetuskan anggapan yang salah maklumlah ianya datang dari program Kerajaan Pakatan Rakyat .
"Keyakinan
penduduk tempatan terhadap PPS amat tinggi maka mereka yang memakai
baju PPS berwarna ungu mesti cergas melaksanakan tugasan bila
dikehendaki, " katanya.
Sementara itu rakannya Neoh Eng Seng dari
Taman Dedap, Sungai Puyu merasa sungguh seronok bila memakai vest PPS
kerana bila mengenakan pakaian itu di tubuh dapat rasakan peningkatan
semangat yang membuak-buak. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.