
MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."
Dalam
PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat
Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih
8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir
memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan
sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri
dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat
10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah
Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut
sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk
bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari
mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada. Sumber yang dekat dengan
parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu
menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.
Badrul
Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan
di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama
Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan
lain-lain.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.