(Datuk
Mohd Amar Abdullah bersama pelajar cemerlang Sijil Menengah Ugama 2011
di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Machang, hari ini. Foto Rizal)
MACHANG, 27 Dis: Maahad Tahfiz Al-Quraan
Wal-Qiraat muncul sekolah terbaik Yayasan Islam Kelantan (Yik) tahun ini
dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2011 dengan pencapaian 100
peratus.
Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat merupakan antara
sembilan sekolah aliran Yik yang mendapat kelulusan 100 peratus terbaik
dalam peperiksaan itu.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd
Amar Abdullah Arshad di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, tengahari tadi.
Sementara
itu, pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Al-Farouq Azmi Nazmi
yang mendapat mumtaz dalam peperiksaan SMU diumumkan sebagai pelajar
cemerlang Yik.
Farouk yang juga anak kepada Ketua Pegawai
Eksekutif Syarikat Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi itu memperolehi
10 mumtaz dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dengan pencapai
97.90 peratus.
Nur Dini Ahmad Zawawi dari MMP pula dinobatkan
sebagai pelajar cemerlang wanita apabila 10 mata pelajaran yang diambil
mendapat mumtaz dengan 96.90 peratus.
Muhammad Safwan Mohd Shamsudin, dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong pula pelajar terbaik Tahfiz juga 10 mumtaz 94.30 peratus.
Amar
berkata, secara umumnya keputusan peperiksaan berkenaan begitu
cemerlang berbanding tahun lalu apabila 1,384 orang mendapat mumtaz
(cemerlang) dengan peningkatan 31.31 peratus, berbanding sebelumnya
1,091 orang.
Beliau seterusnya memberitahu, begitu juga di
peringkat Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) juga turut meningkat 27
peratus tahun ini dengan pencapaian 85 peratus, berbanding tahun
sebelumnya 57.03 peratus.
Antara sekolah yang mendapat kelulusan
100 peratus, Maahat Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Al Asriah Banggol
Chicha, Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Maahad Tahfiz Sains
Tanah Merah.
Turut mendapat keputusan 100 peratus dalam
peperiksaan itu, Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, SMU (A) Al
Ulum Padang Embun, Sek Men Islam Puchong, Selangor, Pusat Pendidikan
Islam, Gunong dan Maahad Tahfiz Repek, Pasir Mas.
Amar ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas peningkatan dalam peperiksaan yang begitu memberangsangkan.
Katanya, peningkatan dari tahun ke tahun ini cukup membuktikan usaha
Yik yang mengutamakan pendidikan Islam melalui didikan syahsiahnya
adalah benar.
“Selain quality pelajar itu sendiri yang
sememangnya telah hebat, ditambah pula dengan didikan, sesi tarbiah di
sekolah ditambah pula sokongan guru dan doa ibubapa, menyebabkan peratus
kecemerlangan itu semakin bertambah,”ujarnya. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.