IPOH, 27 Dis:
Pemuda PAS Perak meraikan 20 kanak-kanak miskin dalam usaha mereka
meringankan bebanan ibu bapa mereka menjelang musim persekolah baru
Januari nanti.
(Gambar kenangan selepas membeli pakaian sekolah)
Lajnah
Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah
memulakan program bersempena pembukaan sekolah tidak lama lagi dengan
meraikan pelajar miskin berkenaan membeli peralatan sekolah.
Pengerusinya,
Isran Fahmi Ismail yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai
Siput (Utara) telah memilih 20 orang pelajar miskin untuk kali ini.
Turut hadir bersama adalah kepimpinan Pemuda PAS Sungai Siput. Program
yang berbentuk pembelian terus ke kedai ini bersama dengan pelajar yang
dipilih untuk membeli peralatan sekolah seperti uniform sekolah dan
kasut sekolah.
Program seumpama ini akan diteruskan oleh Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak di tempat-tempat lain pula selepas ini. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.