17 Oct 2011

Kematian Beng Hock menjadi sia-sia?

Kemerosotan yang berterusan dan bukannya pemulihan kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini

(a) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Teoh Beng Hock tidak membantu dalam memulihkan keyakinan orang ramai terhdap kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini yang terus merosot.
Satu kecacatan paling serius laporan RCI Teoh Beng Hock adalah kegagalannya untuk meletakkan tanggungjawab terhadap kematian TBH ke atas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sungguhpun terdapat bukti yang melimpah-limpah semasa prosiding RCI.

Bukan sahaja orang-orang berseorangan iaitu pegawai SPRM yang diketuai oleh Hishammuddin Hashim, Timbalan Pengarah SPRM Selangor pada masa itu serta "mastermind" operasi SPRM yang besar-besaran melibatkan 33 - orang pegawai yang mesti bertanggungjawab terhadap kematian TBH, tetapi juga institusi SPRM sendiri.

Laporan RCI hanya membuat rujukan serong terhadap peranan dan tanggungjawab SPRM dalam terma rejukannya iaitu "menyiasat kematian TBH dan keadaan persekitaran yang menyumbang kepada kematian beliau".

Sebagai contohnya, perenggan 336 RCI TBH menyatakan: "Kami berpendapat bahawa kematian TBH tidak boleh menjadi sia-sia dan segala usaha hendaklah dibuat untuk menambah baik fungsi SPRM dan pentadbiran keadilan jenayah dalam negara hasil daripada siasatan kami ke atas cara SPRM beroperasi.  Keterangan yang dikemukakan menunjukan bahawa pegawai SPRM sanggup melakukan apa saja untuk menipu."

Skandal kematian tragik Beng Hock di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada 16 Julai 2009 bukannya sahaja disebabkan oleh pegawai SPRM "sanggup melakukan apa saja untuk menipu", tetapi juga SPRM sebagai satu institusi yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyertai konspirasi senyap dan penipuan untuk menghalang proses keadilan, dan "cover up" sebab dan keadaan sebenar yang menyebabkan kematian Beng Hock.

RCI TBH menamakan Hishammuddin Hashim sebagai "pegawai paling kanan yang pada keseluruhannya mengarahkan operasi berkenaan" yang "jelas bertanggungjawab" terhadap apa yang berlaku kepada TBH di SPRM Selangor - menyebabkan kematiannya.

Tapi, pada masa ini, Hishammuddin (gambar kanan) masih bebas sebagai pegawai SPRM kanan yang hanya diarah tidak mengambil bahagian dalam tugas-tugas siasatan sungguhpun beliau dan lain-lain pegawai SPRM sebenarnya harus didakwa kerana menyebabkan kematian Beng Hock.

Kematian Beng Hock akan "sia-sia" sekiranya, pertama sekali, pembunuhnya kekal bebas dan tidak dihukum; dan keduanya, SPRM tidak perlu bertanggungjawab terhadap kematian beliau malah dibenarkan "melakukan apa saja" untuk turut "cover up" sebab-sebab dan keadaan sebenar kematian Beng Hock di Ibu Pejabat SPRM, dengan pegawai SPRM "terus berbohong" kepada RCI.

Bukan sahaja tidak mengutuk sekeras-kerasnya, malah RCI TBH hanya memerhatikan secara pasif bahawa SPRM bukan sahaja tidak "bertindak tidak berat sebelah dalam membantu kami mencari kebenaran mengenai apa yang berlaku kepada TBH pada malam tragik 15 dan awal pagi 16", sebaliknya ia telah menyebelahi Peguam SPRM Muhammad Shafee Abdullah dan mempertahankan pegawai-pegawai SPRM yang diarahkan memberi keterangan.

Majlis Peguam dalam kesimpulan yang dikemukakan kepada RCI TBH adalah lebih langsung dan berterus terang dalam mengkritik peranan SPRM di prosiding RCI. Katanya:

"One would have expected the MACC to have led the charge in this inquiry to ascertain the truth and thereby restore its credibility.  Instead, it failed to draw a distinction between itself and the officers, and chose to align itself with its officers who may have been involved, responsible and/or privy to the cause of death of Teoh Beng Hock.  The absence of separate representation is telling.  MACC as a whole chose to defend the actions of its officers rather than assist in the investigation.  The MACC adopted the posture of a defendant throughout the course of this inquiry."

"The Commission has had to deal with witnesses primarily from MACC who have either been evasive, misleading and/or lied.  It has also been shown that the MACC had suppressed, tampered with and destroyed evidence."

"In the circumstances, it has been a difficult task to piece together the evidence to establish what actually transpired at Plaza Masalam leading to Teoh Beng Hock's death."

Mengapakah RCI TBH melarikan diri dari tanggungjawabnya mengutuk peranan SPRM di RCI yang "menyembunyi, mengganggu dan memusnahkan keterangan", menghalang dan menyesatkan proses keadilan di RCI TBH demi mencari sebab dan keadaan sebenar kematian Beng Hock?

Majlis Peguam dalam kesimpulannya berkata RCI memberikan "classic evidence of the saying that an institution is only as good as its people".  Ia terus berkata:
"It is important that the officers of MACC tasked with preventing, detecting and eradicating corruption possess the qualities of integrity, independence and intelligence, what may be conveniently referred to as the three 'I's."

"Whilst the Commissioners have recognised that MACC as an institution must be preserved and its image, reputation and functioning enhanced, it must also be recognised that this can only be brought about if the people entrusted with the powers of the institution were brought to task for abuse."

RCI TBH telah berakhir tanpa mana-mana pegawai SPRM dan SPRM sendiri dikehendaki bertanggungjawab terhadap salah laku mereka - mengakibatkan kematian Beng Hock semasa beliau berada di bawah kawalan, jagaan dan tahanan SPRM!

"Peluang keemasan" telah terlepas oleh RCI untuk mengkaji mengapakah SPRM "world's apart in terms of repute, public perception and functionaing" dari Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong - sungguhpun SPRM sebenarnya dibentuk berpandukan model ICAC!

Berdasarkan prosiding RCI TBH, Majlis Peguam mencadangkan bahawa RCI sepatutnya mendapati SPRM dan pegawai-pegawainya harus dipertanggungawabkan terhadap kematian TBH dan bahawa mereka harus dipersalahkan kerana bersubahat menyembunyikan sebab dan keadaan kematian TBH berlaku di RCI.

Sekiranya kematian Beng Hock tidak menjadi sia-sia, SPRM dan pegawai-pegawainya mestilah bertanggungjawab terhadap kematian dan usaha menutup perkara sebenar.

Keadilan untuk Beng Hock mengkehendaki bahawa satu siasatan baru harus dilakukan ke atas pembunuh Beng Hock oleh skuad siasatan khas bertaraf tinggi, supaya bukti-bukti baru dan jejak-jejak baru yang terbongkar semasa prosiding RCI dapat disiasat, demi memecah konspirasi "blue wall of silence" para pegawai SPRM dan mengecam serta memberkas pembunuh Beng Hock sebenar.

Sungguhpun RCI tidak dapat membuktikan bahawa ianya adalah berkesan dalam memastikan keadilan terserlah, tetapi bagi pihak-pihak teraniayai yang tidak mempunyai pilihan lain, RCI masih merupakan permintaan mereka.

Inilah sebab mengapa keluarga kes misteri kedua yang berkait dengan SPRM yang melibatkan kematian cara terjun dari tempat tinggi, Ahmad Sarbaini Mohamad, telah menolak keputusan koroner yang memutuskan bahawa beliau adalah "death by misadventure" dan sebaliknya meminta supaya RCI ditubuhkan.

Ujudnya banyak keadaan yang mencurigakan dalam kes Sarbaini, seorang pegawai kastam berumur 56 tahun, yang kononnya jatuh mati setinggi 9 meter di pejabat SPRM KL pada 6 April, khasnya mengenai misteri rakaman CCTV semasa Sarbaini melawat ke pejabat SPRM KL yang telah dipadamkan secara sengaja sebagaimana yang diakui oleh pakar polis dari makmal forensik polis di Cheras bahawa (rakaman) CCTV telah diganggu oleh seseorang yang berkepakaran.

Saya menyeru para Ahli Parlimen supaya menyokong permintaan ini dan mendesak Perdana Menteri supaya mengumumkan bahawa RCI akan ditubuhkan untuk siasat mengenai kematian Sarbaini apabila beliau menggulung perbahasan ini nanti.

(b) Tribunal Kehakiman mengenai tuduhan serius rasuah dan salah guna kuasa yang ditujukan terhadap Pegua Negara, Abdul Ghani Patail

Dalam beberapa bulan yang lepas, banyak tuduhan mengenai tindaklaku rasuah dan salah guna kuasa telah dilemparkan terhadap Peguam Negara, Abdul Gani Patail, khasnya dari bekas Ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam siri surat terbukanya, bekas ahli panel SPRM Tan Sri Robert Phang, serta blogger Raja Petra Kamaruddin.

Tuduhan-tuduhan ini termasuklah pemalsuan fakta dan keterangan di dalam insiden "black eye tahun 1998 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kanan), kes rasuah terhadap Shahidan Shafie dan penyalahgunaan proses kehakiman dalam perbicaraan pembunuhan Altantunya Shaaribuu."

Selagi Gani Patail tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan-tuduhan sebegini, Perdana Menteri harus menubuhkan satu tribunal untuk membersihkan nama Peguam Negara kerana semua tuduhan ini adalah sangat serius dan jika terus dibiarkan sahaja hanya akan merosakkan keyakinan orang ramai terhadap profesionalisme, kebebasan dan integriti bukan sahaja Peguam Negara, tetapi juga institusi-institusi nasional yang penting seperti kehakiman, polis dan SPRM.

(c) Usul untuk menubuhkan tribunal menyiasat salah laku kehakiman melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik bin Ishak yang disyaki melakukan plagiarisma harus diberikan keutamaan dalam urusan perbahasan dan keputusan.

Buat pertama kalinya, ujudnya satu usul di Parlimen sepertimana yang dikehendaki oleh Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan tidak kurang dari jumlah satu suku ahli Parlimen di Dewan sebagai prasyarat sebelum tingkahlaku seseorang hakim boleh menjadi tajuk perbincangan parlimen.

Dalam kes ini, usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh untuk merujuk Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik bin Ishak ke satu tribunal untuk menyiasat tuduhan serius bahawanya beliau teleh melakukan plagiarisma dan digantung kerja selama tiga bulan sementara menunggu keputusan tribunal berkenaan telah mendapat sokongan 59 orang ahli parlimen.

Saya menyeru supaya Perdana Menteri memberikan keutamaan kepada usul ini dan membenarkan perbahasan ke atasnya diadakan dan diputuskan dan bukannya membiarkannya "mati" di atas Kertas Urusan Mesyuarat kerana kerajaan enggan memperuntukkan masa perbahasan kepadanya.

Najib berkata-kata mahu menjadikan Malaysia "the best democracy in the world".  Beliau boleh bermula dengan menghormati praktik paling asas di parlimen negara-negara demokratik maju - dalam kes ini, menerima bahawa urusan mesyuarat seperti usul menubuhkan tribunal untuk menyiasat seorang hakim mahkamah rayuan akan diberikan keutamaan tidak kira siapakah kerajaan masa kini, kerana ia berkaitan dengan doktrin pemisahan kuasa di antara eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Bolehkah Perdana Menteri menyatakan bilakah beliau akan membenarkan para ahli parlimen untuk membahas dan memutuskan usul mengenai isu kehakiman ini - ataupun beliau akan terus menggunakan kuasa mutlak kearajaan dan membunuh usul ini dengan enggan mengagihkan masa untuk perbahasan?

*Disedut dari ucapan Ketua Parlimen DAP and Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang (gambar kiri), di Parlimen semasa menyertai perbahasan ke atas bajet 2012 pada 17 Oktober 2011.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.