KUALA LUMPUR, 17 Okt: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, belanjawan 2012 membuktikan kerajaan tidak menekankan hak kaum wanita secara khusus.
Tambahnya, sistem yang diamalkan oleh kerajaan sekarang masih lemah dalam memberi sokongan kepada pekerja-pekerja wanita seperti kemudahan, perlaksanaan dan juga tanggungjawab.
"Kita melihat kerajaan masih gagal uintuk meletakkan kebajikan kepada suri-suri rumah dalam menaiktaraf kehidupan mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan mereka selain membebaskan mereka dari kesempitan ekonomi," jelasnya ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat menekankan isu keselamatan wanita perlu diutamakan dalam belanjawan kerana wanita tidak pernah mendapat pembelaan sepenuhnya dan keadaan itu amat merisaukan apabila melihat kes rogol yang telah berlaku.
"Sebanyak 3,275 kes rogol telah berlaku sepanjang tahun 2010 dan ini adalah satu yang amat merisaukan kita semua terutamanya mereka yang berada di luar tidak kira yang bekerja mahupun tidak, selain itu juga kes simbahan asid yang semakin menjadi-jadi, dan saya ingin bertanya bilakah akta kawalan asid akan dibentangkan serta dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian tersebut berulang.
"Apa yang kita lihat sekarang kaum wanita hanya digunakan sebagai alat untuk mempromosikan produk jualan sesetengah syarikat dan saya jelaskan di sini tindakan tersebut merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab.
"Kita mahu wanita dibela dan diberi perhatian dalam soal ekonomi dan juga keselamatan bukannya menmgambil kesempat keatas setiap wanita dalam membuat promosi produk syarikat-syarikat kecil mahupun besar," katanya lagi.
Beliau juga merujuk tentang persetujuan Menteri Pengangkutan yang mahu menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) agar dapat mengendalikan lebih banyak penerbangan keluar masuk terutama penerbangan antarabangsa dalam usaha menjadikannya sebagai hab penerbangan serantau.
"Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) diharap dapat memberi peruntukan tambahan untuk memanjangkan lagi landasan LTSIP dari 2,400 meter kepada sekurang-kurangnya 3,400 meter bagi membolehkan pengendalian pesawat lebih besar terutamanya B777-200 dan B747-400 sekali gus dapat menawarkan penerbangan haji terus ke Jeddah dan Madinah kelak.
"MOT juga diharap agar dapat mewartakan LTSIP sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa," sambungnya lagi.
Dalam pada itu beliau memberitahu melalui belanjawan yang telah dibentangkan masih wujud sikap pilih kasih Kerajaan Pusat yang telah menganaktirikan Kelantan dalam peruntukan kali ini yang mana segala projek-projek mega yang diumumkan Kelantan masih lagi diketepikan malah pembinaan Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Terengganu hingga ke Pengkalan Kubur juga tidak dilaksanakan.
"Rakyat Kelantan juga adalah pembayart cukai jadi jangan nafikan hak mereka, tindakan kerajaan memberi gambaran jelas bahawa kerajaan tidak meletakkan rakyat Kelantan sebagai rakyat Malaysia," ujarnya lagi.
sumber : Harakah Daily |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.