| KUALA LUMPUR, 14 Okt: Tindakan Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR) mahu mempamerkan 40,000 nama yang telah ada di dalam daftar  pemilih tetapi belum dapat dikenalpasti identiti sebenar, mengesahkan  senarai pemilih tidak bersih. 
 Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan  Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan berkata, biarpun mengalu-alukan tindakan  SPR itu, namun pihak mereka terkilan dengan dolak-dalih suruhanjaya itu  selama ini seolah-olah tidak percaya dengan pendedahan mereka berhubung  perkara itu.
 "Cuma pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS  Malaysia cukup terkilan dengan sikap Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz  Mohd Yusof yang sebelum ini sering berdolak-dalik berkenaan dengan isu  yang cukup serius ini.
 
 "Sebelum ini Abdul Aziz menafikan adanya  pemilih yang diragui status pemilih mereka di dalam data SPR seperti  yang telah didedahkan oleh pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini.
 
 "Kini  terbukti sudah kebenaran seperti yang didakwa dan mungkin angkanya  melebihi daripada 40,000 nama seperti di dakwa oleh SPR," katanya dalam  satu kenyataan.
 
 Sehubungan itu, beliau mahu SPR berlaku telus dan bersungguh-sungguh untuk melakukan pembersihan daftar pemilih ini.
 
 "Jabatan  Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak mahu SPR hanya membuat  kenyataan retorik yang hanya bertujuan untuk ‘mengaburi’ mata rakyat  bagi menunjukkan kesungguhan SPR melaksanakan reformasi pilihanraya di  dalam negara ini," katanya.
 
 Pastikan bukan "orang samaran"
 
 Dalam  pada itu, seluruh jentera Pemuda di semua peringkat diarah melakukan  siasatan dan mengenalpasti penama-penama yang akan dipamerkan oleh pihak  SPR.
 
 Ianya bagi memastikan penama-penama tersebut adalah  sebenarnya orang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi pemilih di dalam  negara ini dan bukannya ‘orang samaran’ yang diciptakan oleh  pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
 Selain itu, mereka juga  menyeru rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih melakukan semakan  terhadap status diri masing-masing kerana trdapat maklumat mengatakan  ada usaha ‘mengeluarkan dan menghilangkan’ nama-nama pengundi yang telah  berdaftar.
 | 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.