| TEMERLOH, 14 Oktober: PAS akan mengadakan Sambutan 60  Tahun  Peringkat Negeri Pahang 26 Oktober di Tapak Kompleks PAS Pahang,  Kerdau  di sini dengan tema “Sejarah, merealisasikan langkah ke  Putrajaya”. 
 Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu dan  Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh  Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh.
 "Program  akan bermula daripada 25 Oktober lagi dengan pameran sejarah dan jualan  serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Salehuddin Ayub, Saifuddin  Nasution dan Hishamuddin Rais.
 
 “Keesokan harinya akan berlangsung  sukan rakyat melibatka Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada  isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
 
 “Majlis  perasmian akan bermula jam dua petang oleh Timbalan Presiden sementara  Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub akan membentangkan satu kertas kerja  selepas itu,” katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat  AJK  Harian PAS Pahang di pejabat PAS dekat sini semalam.
 
 Tambahnya,  pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Pahang,  anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih.
 
 Kemuncaknya ialah ceramah umum oleh Mohamad Sabu, beliau sendiri dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.
 
 “Matlamat  sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi  menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi  semua peringkat penggerak dan petugas parti,” katanya.
 
 Tuan  Ibrahim berkata, bagi sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan  dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian: 09-2965143.
 |  |  | 
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.