TANAH MERAH, 28 Dis: Biar pun Felda Kemahang 2 dan 3 merupakan kubu tradisi Umno, namun PAS mampu bertapak di situ pada pilihan raya umum lalu.
Sebahagian peneroka meninggalkan Umno kerana kecewa dengan pihak pengurusan Felda sehingga mereka membawa kes ke mahkamah.
Sebelum itu seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3 menyaman Felda berhubung dakwaan menipu gred buah kelapa sawit.
Selepas bertahun-tahun menunggu akhirnya Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar RM11 juta.
Usaha mengetengahkan kes tersebut turut mendapat sokongan pemimpin PAS sehingga akhirnya mereka menang saman.
Setiausaha Majlis Tindakan Dun Kemahang, Jusoh Ismail berkata, biar
pun ada cakap-cakap segelintir peneroka terbabit mahu kembali semula ke
pangkuan Umno kerana tidak puas hati jumlah pampasan diterima, namun
belum ada yang berbuat demikian.
”Belum ada ahli atau penyokong PAS di di Kemahang 3 menyertai Umno sebagaimana didakwa media massa baru-baru ini.
“Sebaliknya apa yang berlaku tidak lebih sekadar gimik segelintir
peneroka dengan meluah perasaan pada satu majlis dihadiri Pengerusi
Felda, Tan Sri Isa Samad di Felda Kemahang 3 baru-baru ini,” katanya di
sini.
Menurutnya rasa tidak puas hati hanya berlaku sesama peneroka
berkaitan pembahagian jumlah pampasan selepas mereka menang dalam kes
saman Felda sebelum ini.
Katanya, masalah itu terbawa-bawa sehingga ada peneroka tidak puas
hati dan hadir pada program penyampaian bonus yang dihadiri Isa di
Kemahang 3.
Baru-baru ini Ketua PAS Cawangan Felda Kemahang 3, Mohd Ramli Deramin
dilaporkan meletak jawatan kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
Menurutnya sebahagian daripada 304 peneroka yang menyertai PAS sebelum ini akan mengikut jejak langkahnya.
Jusoh yang juga penghulu Mukim Kemahang berkata, ada peneroka
meluahkan rasa kecewa ketika Isa Samad datang, kemudian digambarkan
media seolah-olah mereka mahu menyertai Umno.
“Peneroka terbabit ada menemui saya selepas majlis tersebut dan
menjelaskan perkara sebenar yang tidak lebih sebagai gimik semata-mata,”
katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.