KUALA LUMPUR, 28 Dis:
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) membidas kenyataan Wanita MCA yang
menyamakan PAS dengan Taliban kerana membantah keputusan kerajaan untuk
menyerahkan urusan penapisan filem kepada penerbit dan pengimport filem.
Timbalan ketuanya, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar)
berkata, PAS khususnya DMPP tidak bodoh untuk menyekat siaran
televisyen jika memerintah negara, seperti yang didakwa Setiausaha
Wanita MCA, Chew Lee Giok semalam.
Siti Mariah sebaliknya menyifatkan Wanita MCA tiada isu selain bertindak menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam.
"PAS
sudah 50 tahun di Malaysia dan Muslimat PAS bukan baru. Kami sudah
jadi Ahli Parlimen dam sebagainya, adakah kami kami bertindak macam
taliban?
"Benda yang baik kami sokong, tapi perkara ini (urusan
penafisan filem) adalah perkara yang paling penting," kata beliau pada
sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Menjawab
andaian Wanita MCA bahawa PAS akan menyekat semua siaran hiburan di
televisyen, Siti mariah berkata, PAS tidak akan melakukan perkara yang
tiada dalam manifesto dan Buku Jingga pakatan Rakyat
"Semua ini tidak ada dalam Buku Jingga dan manifesto PAS, takkan PAS nak sekat semua stesyen televisyen?
"Kita
sudah sampai ke satu tahap tak ada sesiapa boleh terima kita nak tutup
Astro dan lain-lain, itu adalah tindakan bodoh," tegasnya yang juga Ahli
Parlimen Kota Raja.
Semalam, DMPP menggesa Kementerian Dalam
Negeri (KDN) menarik balik keputusan untuk menyerahkan tugas menapis
filem kepada penerbit dan pengimport filem mulai tahun hadapan.
Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).
Pada
sidang media sama, Siti Mariah turut mempersoal fungsi akta LPF apabila
urusan penapisan bukan lagi di bawah tanggungjawab mereka.
DMPP
juga katanya bimbang keputusan kerajaan itu akan diambil kesempatan oleh
penerbit filem untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kesan filem
kepada masyarakat.
"Apa guna akta LPF yang ada sekarang, yang hanya boleh dikuat kuasa hanya melalui LPF?
"Bila
serahkan urusan penapisan filem kepada penerbi, siapa yang akan beri
kelulusan? Siapa yang akan ambil tindakan jika penerbit membuat
kesalahan?" soalnya sambil menganggap isu itu seolah-olah tenggelam di
sebalik isu "panas" yang lain.
Sehubungan itu, pihaknya akan bertemu dengan KDN minggu hadapan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
"Selain itu, kempen mendapatkan tandatangan rakyat yang membantah keputusan itu akan digerakkan sesegera mungkin.
"Kami
yakin rakyat akan menyokong tindakan muslimat ini kerana ibu bapa,
guru-guru, sangat bimbang dengan kemunculan drama dan filem yang tidak
bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia," katanya. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.