Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Jamil Khir Baharom (gambar bawah), Pengarah Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain
Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada
wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf
Anwar Ibrahim. Isu ini yang telah dibangkitkan oleh Saifuddin Nasution
di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Ketua
Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil
berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir
kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf
Anwar. Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am
pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi
belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9
Februari 2010.
MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150
pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima
geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000. Namun MAIWP hanya
membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada
Disember 2010. Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP
menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang
khusus untuk perbelanjaan lain?
Mat
Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm
surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan
dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya,
Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan
zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya
memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga
sebatan atas kesalahnnya.
Adakah wujud perbezaan antara seorang
amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan
Ketua Pengarah JAWI? Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan
segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di
kalangan umat Islam negara ini.
*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.