KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ayah kepada Ahli Parlimen
Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah selamat dikebumikan di tanah
perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor tadi.
Ayahnya Abdul Samad Salleh, 90, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 1 pagi tadi.
Allahyaraham telah dibawa ke IJN pada jam 10 malam semalam setelah mengalami serangan jantung di rumahnya.
Ketika
dihubungi Harakahdaily, Khalid memberitahu ayahnya telah melakukan
pembedahan pintasan jantung pada tahun 1996 dan arwah pernah dimasukan
ke IJN sebelum ini kerana serangan jantung dan dibenarkan pulah dua
hari lepas.
Dalam pada itu Khalid mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang telah
mengirimkan ucapan takziah kepadanya dan keluarga.
"Saya ucapkan
terima kasih kepada mereka yang hadir seperti AJK PAS Pusat Dr Mohd
Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti
Mariah Ahmad kerana sudi hadir.
"Tidak lupa terima kasih kepada
pemimpin yang bukan Islam dari Keadilan dan juga DAP juga turut
mengucapkan takziah kepada saya," jelasnya.
Turut menyampaikan ucapan takziah ujarnya Presiden Keadilan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Dalam
pada itu beliau memberitahu kepada mereka yang mengenali arwah agar
memaafkannya dan jika ada sesuatu yang belum arwah tunaikan diharapkan
agar dapat menghalalkannya atau boleh berjumpa dengannya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.