KEPALA BATAS, 4 Jan:
Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau
lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang
Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik
ratusan anak muda ke program PAS itu.
Program anjuran
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan
kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya
menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama
dalam program tersebut.
Selain Zua, program tersebut turut
menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena
Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri.
Pengarah Program,
Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan
terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri
Pulau Pinang itu.
"Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS.
"Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima golongan seperti mereka, " jelasnya.
JOM
diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program
mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir
Gebu, Penaga.
Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu
yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat
serta tomoi.
Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.