SHAH ALAM, 4 Jan:
PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh
Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk
mengganggu kutipan sampah di Selangor.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR
Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP
Negeri Selangor.
"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj
di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah
sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh
kerajaan negeri," sambung beliau lagi.
Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini. Ia
bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan
kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati
dengan kerjanya.
Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan
negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi
Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di
Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.
Kerajaan
Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender
terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang
dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.
Pada
hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari,
Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan
polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.
(Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli)
Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11
bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari
memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.
Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.
Dalam
laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik
Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.
Dalam
satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora
Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon
yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut
sampah di situ.
"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan
Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang
diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata
Ramli dalam laporan polisnya.
Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.