KUALA LUMPUR, 4 Jan:
Oleh kerana terlalu kerap tertangkap basah kerana menipu, kenyataan
polis kini sukar dipercayai, kata anggota Parlimen Serdang, Teo Nie
Ching.
Oleh itu, beliau meminta Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) tidak terlalu bergantung kepada kenyataan polis dalam
mengambil tindakan kepada pelajarnya.
Nie Ching yang juga
Penolong Setiausaha Publisiti DAP melahirkan kesalnya dengan tindakan
UPSI mengambil tindakan membuang asrama ke atas seorang pelajarnya yang
menyertai perhimpunan pada malam 1 Januari 2012 lalu.
Perhimpunan
itu kemudiannya menjadi perhimpunan berdarah apabila polis mengambil
tindakan keras dengan mengejar pelajar terlibat. Para pelajar pula mendakwa, ada antara mereka ditumbuk dan disepak oleh polis sehingga cedera.
Namun,
apa yang dikesali adalah kenyataan Ketua Polis Perak yang mendakwa para
pelajar ini cedera kerana melanggar cermin klinik.
"Melihat kepada trak rekod polis, saya yakin ramai yang tidak percaya dengan penjelasan yang dibuat oleh polis," kata Nie Ching. Beliau memberikan beberapa kenyataan polis sebelum ini yang boleh dikira tidak benar. Beliau mengambil contoh kes 'mata hitam' Datuk Seri Anwar yang dikatakan Anwar memukul dirinya sendiri.
Kemudian kes Bersih 2.0 apabila polis menafikan pihaknya menyembur air kimia ke laman hospital Tung Shin.
Begitu
juga kes Mohamad Sabu yang dilanggar oleh kereta polis tetapi polis
berkata, Mohamad Sabu yang melanggar kenderaan polis dan terjatuh.
Berdasarkan
penjelasan yang dibuat oleh Dr Nurul Azlean Norzan iaitu doktor yang
merawatnya, didapati Mohamad Sabu tidak akan mengalami kecederaan
semacam itu jika tidak dilanggar atau hanya jatuh sahaja.
Ia
disokong oleh Dr Ankimtay Rutel, pakar dari Hospital Kuala Lumpur yang
berkata, kecederaan Mohamad Sabu konsisten dengan penjelasan yang
diberikannya iaitu dilanggar hingga jatuh.
"Adalah menyedih apabila mendapati polis tertangkap kerana menipu dalam banyak kes," kata Nie Ching (gambar atas). Sehubungan
itu, beliau meminta anggota polis yang berkenaan diambil tindakan
bukannya pelajar yang berhadapan dengan mimpi ngeri di malam tahun baru
hanya kerana berhimpun untuk menyatakan yang hak tentang kebebasan
akademik mereka. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.