KUALA LUMPUR, 4 Jan:
NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan
menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini.
Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata,
perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan
keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah
Persekutuan.
"Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung
dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang
sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita
sama-sama melakukan provokasi," katanya.
Mengulas larangan pihak
polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu,
Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau
pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.
Tahun
lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat
Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan
himpunan anti Bersih.
Namun beberapa sehari sebelum Himpunan
Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan
perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran
pihak stadium.
Sementara itu, Azmin pada satu sidang media
semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya
100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada 9 Januari ini.
Katanya, walau apa pun keputusan yang
diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin
negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.