KUALA LUMPUR, 2 Jan:
PAS memberikan harapan penuh untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu
kerusi Parlimen di Sabah dan satu lagi di Sarawak dalam pilihan raya
umum nanti.
(Sebahagian tetamu yang menyertai majlis PAS di Tawau...kebanyakan mereka adalah remaja.)
Perkara ini dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man yang baru pulang mengetuai ekspedisi lima hari ke kedua-dua negeri
itu.
Beliau mengetuai rombongan Lajnah Penerangan PAS yang
disertai 14 anggota lajnah itu termasuk timbalannya, Datuk Seri Nizar
Jamaludin.
Rombongan
itu berada dua hari di Sarawak iaitu 28 dan 29 Disember dan tiga hari
di Sabah iaitu 30, 31 Disember 2011 dan 1 Januari 2012.
Di Sarawak, mereka ke Kucing, Miri dan Labuan manakala di Sabah mereka ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
(Tuan Ibrahim melaksanakan upacara belah mulut untuk seorang bayi di Sandakan.)
Di Sarawak Tuan Ibrahim mengetuai rombongan ke Sandakan bersama Nik Zawawi Salleh dan Ustaz Idris Ahmad.
Setiausaha Penerangan, Misbahul Munir Masduki bersama Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr Fadzli dan Salehin Mukhyi ke Tawau.
Nizar pula bersama Ustazah Nuridah Salleh, Puan Salbiah Wahab dan Suhaimi Embong ke Kota Kinabalu.
Kesemua
anggota sempat memberikan ceramah kelompok, melawat pulau-pulau dan
mendengar sendiri kelohan rakyat Sarawak di samping mengedarkan risalah
parti di malam sambutan tahun baru.
Suhaimi Embong pula mengendalikan bengkel ICT bagi membentuk soldadu cyber di Sabah dn Sarawak.
"Berdasarkan
sambutan yang sangat baik ini dan penerimaan mereka terhadap PAS
terutama ekspedisi ini, kami yakin PAS dapat menghantar satu wakil dari
Sabah dan satu dari Sarawak ke Parlimen dalam pilihan raya umum akan
datang," kata Tuan Ibrahim.
PAS
di jangka akan bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen di
Sabah dan tiga di Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.
(Pimpinan PAS Sarawak bersama rombongan Penerangan PAS Pusat bertemu dalam satu majlis taklimat di Kucing.)
Bagaimanapun, perbincangan masih diteruskan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.
Pakatan
pada dasarkan yakin, berdasarkan pencapaian mereka dalam pilihan raya
negeri Sarawak yang lalu, Pakatan akan menang 10 kerusi Parlimen di
negeri itu dalam pilihan raya umum nanti. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.