Sekali
lagi negara dikejutkan dengan tindakan kekasaran yang tidak seharusnya
dilakukan oleh pihak polis ke atas seorang pelajar Universiti Perguruan
Sultan Idris (UPSI) apatah lagi ianya berlaku di permulaan tahun baru
masehi ketika seluruh rakyat Malaysia menanam azam dan cita-cita ke arah
kebaikan dan kejayaan untuk diri dan keluarga.
Pertubuhan
Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) merakamkan rasa dukacita,
kesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas Presiden Gerakan
Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang Talib yang
dilaporkan patah tulang rusuk akibat tindakan pihak polis, manakakala
beberapa orang lagi cedera hanya kerana menganjurkan perhimpunan yang
disertai tidak sampai 100 orang di hadapan UPSI yang tidak langsung
berunsurkan jenayah atau menimbulkan apa-apa bahaya kepada orang awam.
Saat
di mana beribu-ribu rakyat seluruh negara dibiarkan bermaksiat
sepanjang malam menyambut pesta hedonism tahun baru, mengotori setiap
ceruk negara bukan sahaja dengan sampah sarap bahkan akhlak hina, pihak
bkuasa rela utk menafikan hak sekumpulan lagi rakyat Malaysia yg ingin
berhimpun aman, tanpa apa sekelumit nilaian maksiat di bumi UPSI.
Adakah ini definisi kebebasan bersuara di negara kita? Hak maksiat diraikan, hak bersuara dibisukan?
Apa
yang dilakukan oleh pihak polis ini telah melanggar kebebasan hak asasi
sebagai rakyat malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan, Bahagian II, Perkara 10 Fasal (1) a dan b.
Pada pandangan kami ianya memalukan badan profesional dan penjawat awam di negara kita Malaysia.
Ia
memberi gambaran seolah-olah para penjawat awam ini tidak mempunyai
kelayakan yang cukup untuk melakukan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka dan adakalanya boleh bertindak
sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.
Tambahan
lagi orang yang dikasari adalah rakyat Malaysia sendiri yang sedang
menuntut ilmu di menara gading pula, iaitu kelompok yang lebih banyak
menggunakan minda daripada menggunakan kekuatan tulang empat kerat.
Sebagai
NGO Profesional, kami menyeru pihak polis agar lebih bersikap
profesional dengan mengaku bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dan
segera memohon maaf kepada pihak mangsa, ibu bapa mangsa dan seluruh
rakyat Malaysia kerana tindakan mereka telah mencemarkan nama Malaysia
di mata dunia apatah lagi setelah Perdana Menteri melaungkan
transformasi ke arah kebebasan berhimpun serta slogan keramat yang
didendangkan setiap hari, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.