KOTA BHARU, 2 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru semua pihak sama ada kerajaan, pegawai atau peringkat individu agar menginsafi terhadap kezaliman yang dilakukan.
Katanya,
sebelum tiba saat manusia dituntut ‘melutut’ dari Allah termasuk mereka
yang dizalimi, tindakan sedemikian dihentikan segera.
“Saya
tidak tuju pada siapa-siapa, tetapi setiap mereka yang melakukan
kesalahan, sama ada individu, kerajaan, pihak berkuasa dan sebagainya
perlu memohon maaf dari orang yang dikhianati,” ujarnya yang juga
Menteri Besar Kelantan.
Pada
masa yang sama Tuan Guru berkata, tidak kira pelajar, orang tua atau
sesiapa sahaja sekiranya mereka menuntut hak masing-masing, golongan itu
tetap berdosa sekiranya hukuman diberikan di luar batas keagamaan dan
kemanusiaan.
Ini
kerana, katanya menganiaya fizikal, spiritual adalah berdosa di sisi
Allah kerana Islam itu sendiri telah meletakkan jalannya agar manusia
itu mengikutnya.
Beliau
berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung
kecederaan yang berlaku terhadap mahasiswa yang berhimpun di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.
Katanya
lagi, satu perkara yang perlu diingat, Allah adalah pencipta manusia
sama ada mereka itu golongan yang berpangkat atau lemah.
“Bila
buat aniaya pada manusia, taraf kita di sisi Allah sama sahaja, turut
mendapat balasan pedih di akhirat nanti walaupun kita ni berpangkat
dengan pelbagai bintang, berserban labuh semuanya akan dibalas,”
ujarnya.
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.