SHAH ALAM, 2 Jan:
Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan
sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang
dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan.
(Laporan polis yang dibuat oleh Ramli)
Ekoran
itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang
dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu.
Pengurus
Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB),
Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan
itu.
Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno (gambar bawah)
bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini
selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora.
Akhbar
Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini
menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang
didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan
mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.
"Masalah
kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut
berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri
memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya
kepada Utusan Malaysia.
Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu
pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip
sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip
sampah di kawasan itu.
"Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku,"
kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator
pengutipan sampah itu.
Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11.
Dalam
laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah
hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk
mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu.
(Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam)
"Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen
17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat
kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya
kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada
polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.
Dalam laporan polis
ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan
kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9.
"Saya
diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760)
tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami
dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli.
Mulai tahun
ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan
mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya
diuruskan Alam Flora.
Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA
misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan
negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.