KUALA LUMPUR, 21 JAN: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu semua
kaum Cina bersama dengan kaum-kaum di Malaysia untuk membuat perubahan
besar dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam perutusan Tahun Baru Cina, beliau berkata perpaduan di antara
kaum Cina dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum akan dapat memenuhi
potensi mewujudkan masyarakat yang bersatu, berharmoni, demokratik,
adil, makmur dan mampu bersaing.
Katanya masyarakat Cina perlu sedar bahawa mereka tetap menikmati
kemakmuran melalui pertumbuhan ekonomi negara walau pun hidup di bawah
sistem yang disalah tadbir, korup dan penuh dengan salah guna kuasa oleh
UMNO-Barisan Nasional.
“Rakyat Malaysia tidak perlu berterima kasih kepada UMNO dan BN,
malah perlu menyalahkan kepimpinan UMNO-BN yang telah melepaskan
peluang-peluang keemasan untuk Malaysia menjadi lebih maju, makmur dan
mampu bersaing.
“Negara kita sepatutnya lebih bersatu padu dan harmoni tetapi ia
tidak begitu kerana kegagalan kepimpinan dan pentadbiran UMNO-BN,”
katanya.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kaum Cina tidak
perlu terpengaruh dengan pujuk rayu atau ugutan UMNO-BN, termasuk amaran
daripada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu mereka supaya
tidak “eksperimen” dalam PRU akan datang kerana kononnya BN telah
menjadikan mereka makmur.
Menurutnya, kaum Cina perlu bangkit sebaga naga untuk bersama-sama
dengan semua kaum di Malaysia bagi mengubah kerajaan dalam PRU akan
datang. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.