GEORGE
TOWN, 21 DIS – Ratu skuasy dunia Datuk Nicol David menerima sumbangan
RM50,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk
membangunkan sukan skuasy di negara ini
Dalam satu majlis di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP telah menyampaikan cek sumbangan itu
kepada Nicol.
“Kerajaan negeri amat komited kepada usaha untuk menjayakan
kecemerlangan sukan di Pulau Pinang. PBAPP telah menyokong usaha dengan
dengan memberi sumbangan kepada Majlis Sukan Negeri dengan peruntukan
RM500,000 setiap tahun.
“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PBAPP untuk Pulau Pinang,” katanya di majlis itu.
Antara mereka yang hadir di majlis itu ialah Pengurus Besar PBAPP Ir
Jaseni Maidinsa, President Persatuan Squash Malaysia (SRAM) Datuk Syed
Mustaffa Syed Ali, Ahli-ahli Exco dan wakil-wakil rakyat Dun Pulau
Pinang.
Turut hadir adalah keluarga Nicol, termasuk ibu Ann-Marie dan bapanya Desmond David. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.