KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai
keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti
disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin
Muhamed Noor.
Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu.
Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama
ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah
menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan.
Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga'
apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA.
Tambahnya, Aziz Bari bukan sahaja berhadapan dengan musuh di luar,
bahkan dalam keluarga sendiri sedangkan beliau diiktiraf oleh seluruh
masyarakat dengan kepakaran bidangnya dalam perlembagaan dan
undang-undang.
"Keputusan sudah dibuat oleh Prof Aziz, kita hanya mampu bersedih dan terasa kehilangan beliau,” katanya.
Namun, ujarnya masyarakat tetap dan sentiasa bersedia untuk mendengar
respons dan pandangan Dr Aziz terhadap apa yang berlaku dalam negara
khususnya berkaitan dengan perlembagaan Malaysia. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.